top of page
No tags yet.

SEARCH BY TAGS: 

RECENT POSTS: 

FOLLOW ME:

  • Facebook Clean Grey
  • Twitter Clean Grey
  • Instagram Clean Grey

Bahaya Kencing Manis!

Assalamualaikum.


Semoga kita hari ini diberi kesihatan yang sihat dan dipermudahkan rezeki. Hari ini, Noora ingin membincangkan tentang salah satu penyakit yang popular yang di hidapi oleh penduduk Malaysia. Ianya adalah Penyakit kencing manis. Apa itu kencing manis? Air kencing itu manis ke? hihi. Jom kita kupas tentang sakit ini.

.


Diabetes atau Kencing Manis .

.

Penyakit kencing manis ataupun diabetes iaitu (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.


Apa itu Insulin? -Insulin disebut protein yang berfungsi untuk mengontrol kadar gula (glucose) didalam tubuh.


Jenis Diabetes : Diabetis jenis pertama (I) -kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas -mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja -pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.

Diabetis jenis kedua (II) -jumlah insulin normal tidak lagi mencukupi bagi menghasilkan tindak balas terhadap sel lemak, otot dan hati. -boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan (insulin suntikkan di perlukan jika ubat makan kurang berkesan).

Diabetes Gestasi - Di alami oleh wanita hamil. -Mirip diabetes kedua (Insulin diperlukan lebih untuk keperluan bayinya.) -Jika badan tidak mampu untuk menghasilkan insulin tambahan untuk keperluan anak dalam kandungan maka ibu akan mengalami paras gula dalam darah yang tinggi.


Tanda dan Gejala -penurunan berat badan, -polyuria (kerap buang air kecil), -polydipsia (peningkatan dahaga), -polyphagia (peningkatan kelaparan). - penglihatan kabur, -sakit kepala, -keletihan, -luka lambat sembuh, -dan kulit gatal.

Komplikasi -meningkatkan risiko komplikasi jangka panjang ( berkaitan dengan kerosakan kepada saluran darah) -Komplikasi utama diabetis disebabkan oleh kerosakan pada saluran darah kecil termasuk kerosakan kepada mata, buah pinggang, dan saraf.


Diagnosis Diabetis melitus dicirikan oleh gula darah tinggi berulang atau berterusan, dan didiagnosis dengan menunjukkan mana-mana satu daripada yang berikut:

-Tahap plasma glukosa puasa = 7.0 mmol/l (126 mg/dl) -Glukosa plasma = 11.1 mmol/l (200 mg/dl) dua jam selepas 75 g beban glukosa lisan dalam ujian toleransi glukosa -Gejala gula darah tinggi dan glukosa plasma kasual = 11.1 mmol/l (200 mg/dl) -Hemoglobin berglukosa (HbA1C) = 48 mmol/mol (= 6.5 DCCT %

Pencegahan -mengekalkan diet yang kaya dengan bijirin penuh dan serat, -dan memilih lemak yang baik(lemak poli tak tepu terdapat dalam kacang, minyak sayur-sayuran, dan ikan.) -Menghadkan minuman bergula dan makan daging merah dan lain-lain sumber lemak tepu juga boleh membantu mencegah diabetis. -Merokok aktif juga dikaitkan dengan peningkatan risiko diabetis, jadi berhenti merokok boleh menjadi langkah pencegahan penting juga.


Memilih makanan tambahan turut boleh mengurangkan risiko kencing manis. Pastikan makanan tambahan yang diperlukan dapat mencukupi DIET makanan harian. Dengan ini, makanan tambahan memang membantu untuk menghasilkan perkembangan yang sihat. Apabila perkembangan badan sihat, risiko menghadapi penyakit ini juga akan berkurang. Jadi, cengahla ia sebelum terlambat. Yang sudah menghadapi penyakit ini pula, rawat lah ia sebelum terlambat. . Sesungguhnya, setiap penyakit itu ada penawar nya. Mari, ikhtiar bersama AlJawla penawar sakit sendi, saraf dan otot. . Salam sayang daripada Noora. 😚


bottom of page