top of page
No tags yet.

SEARCH BY TAGS: 

RECENT POSTS: 

FOLLOW ME:

  • Facebook Clean Grey
  • Twitter Clean Grey
  • Instagram Clean Grey

Penyakit Gout - Tanda, Rawatan dan Pencengahan

Assalamualaikum..


Hai semua, hari ini Noora nak berceloteh tentang satu penyakit yang akan menjadi kronik jika tidak di rawat. Ianya adalah penyakit Gout. Apakah sakit Gout?


Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.

-Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. -Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). -Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi. -Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi. -Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal. -Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. -Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.



TANDA GOUT -Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. -Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. -Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman. -Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. -Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat. -Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. -Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.


KOMPLIKASI -Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’ -Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’. -Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti: *Kegemukan *Darah tinggi *Hiperlipidemia (Kolesterol) *Diabetes (kencing manis)


ELAKKAN MAKAN @ KURANGKAN MAKAN -Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak Ikan bilis, kembung, sardin -Daging cincang -kstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging -Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang


PENCEGAHAN -Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat. -Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan -Mengelakkan minuman keras Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi -Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi. -Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal -Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout -Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan. -Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout. -Minum banyak air Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. -Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. -Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal. -Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.

Makanan yang boleh merendahkan tahap asid urik. -Sayur-sayuran (Daun Pasli) -Bijiran Kecil (couscous *makanan arab-drpd gandum, padi) -Herba -Produk Tenusu (susu,keju yogurt) -Kekacang @ Protin Tumbuhan (soya,dal, kuda,hitam,tahu bakar@kukus, -Cecair ( Air masak sekurngnya 10 gelas) -Bijirin Penuh -Bijiran bebas Yis (beras perang, beras huma, quinoa, barli dan air-popped popcorn) -Buah-buahan dan sayuran (kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri, tomato, bell pepper, tomato)

Jadi, nasihat Noora atasilah penyakit ini sebelum ia memudaratkan lagi kesihatan Anda. . Mencari ikhtiar dalam menyembuhkan derita Gout? Saya syorkan Al Jawla Herb yang di formulasikan daripada 100% ekstrak buah-buahan. Bukan sahaja menyembuhkan penyakit Gout malah segala penyakit melibatkan sakit saraf,sendi dan otot. InsyaAllah dengan izinNya.


Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Al Jawla :

Noora AlJawla - http://NooraAljawlaHerb.wasap.my - 016 654 2510

bottom of page